Wednesday, February 2, 2011

Ada Sebab Bila Putus Cinta


Hello semua!

Peeeergh! Dah berhabuk! Bersarang! Binatang kecik kecik lipas , lipan , labah labah semua ada kat blog aku [Nampak sangat menipu] Ya Allah.... Aku rasa terharu sangat sangat lepas tengok blog aku nih. Sedih betul! Dah nak masuk sebulan aku tak membebel kat blog nih huhu. Firstly , aku nak ucap THANKS kat member member blog yang memang rajin singgah kat blog aku. Aku memang nak sebut perkataan SORRY cause tak balas blogwalking korang. BUZY looooorh. Sekarang ni pun tengah nak settle kan assignment yang memang berlambak lah! Ni pun cilok jap.

Sepanjang aku tak membebel kat blog nih , memang banyak perkara buruk and baik yang dah berlaku. Yang baik nya Alhamdulillah Johor di limpahi air yang sangat sangat banyak haha Bersyukur loooorh. Rahmat hehe Mentang mentang rumah tak naik air. Rumah atas bukit hehe


Jom layan gambar jap.
 Ni tempat depan UiTM Segamat. Yang selalu ada pasar tuu..UiTM Di Hatiku...Mintak mintak Ahad ni dah surut.



Memang tak caya aku lepas tengok gambar nih. Hari tu time balik kering jek. Tak ada air langsung. Tak dapat ku bayangkan macam mana keadaannya. 





Ni jalan nak ke Durian batu/ Jementah. Dasyat ek? Macam mana la aku nak balik sana.



Nampak tak gambar tu?? Macam kejam / ngeri je kan?? Kalau aku , aku tak akan tembak hati aku. Sayang looorh. Gambar ni just perumpamaan jek. Hah!!Yang berita buruknye , saya 'patah hati'. Itu saja yang saya nak bagi taw. Tak nak bagi taw panjang lebar. Cukuplah dengan dua patah perkataan tu. Ringan sikit beban hati ni nak tanggung. Sediiiihnya!!! Huwaaaaa...Sampai hati 'DIA' buat aku macam ni huhu. Tak pe la. Terbaik untuk dia sorang je kan. DIA ni, macam selfish pun ada gak. Biar la dia bahagia. Aku malas nak fikir. Fikir pasal aku lagi bagus. Macam ni la perempuan kan? Asyik kena permain main kan dengan jejaka jew.  Whatever lah. Kena think positive k. Tak semua macam tu. Sesetengah jew. Mungkin DIA ada sebab buat macam tu. Mungkin dia tak nak pelajarannye terganggu. OK. Fine. Saya pun belajar jugak huhu. Tapi, takpe lah. Bak kata Ustaz Asyraf Imam Muda ,


" Jodoh/Cinta jangan di cari....BAIK yang akan cari kita. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. "

Lagi satu ,
" Bercinta lepas kahwin adalah perkara yang paling manis. "

Wow! Saya akan selalu ingat nasihat awak wahai Ustaz Asyraf hehe. Memang betul apa yang beliau katakan tu. Dia kata lagi ,


" Lelaki ni kalau bercinta semasa muda sebelum kahwin umpama graf. Pada permulaanya graf itu akan naik secara mendadak [disebabkan nafsu] dan bila dah berkahwin ia akan turun kembali [sebab dah jemu]. Yang jadi mangsanya adalah perempuan. Oleh sebab itu lah, zaman sekarang ni macam macam perkara buruk boleh berlaku [seperti zina, bercerai ] "

Wanauzubillah. Jauhilah! Ada hikmah la jugak kan aku patah hati hehe Allah masih sayangkan aku. Sebab tu gerakkan hati DIA untuk tidak bersama sebelum kahwin hehe.Ye lah. Semua perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kita jangan nak salahkan sesiapa / takdir. Tak elok! Kita kena redha dengan perkara yang berlaku. Just think positive k :)

OK lah. Dah bebel panjang nih! Nak OFF la law cmni. Assignment banyak lagi nak siapkan. Adooooi! Ok semua. Thanks sebab sudi baca aku punya entry. Biase biase je ni. Simple hehe. OK lah korang. Jumpa lagi di lain post. 


Daaaaaa.



0 kritikan & pendapat: