Wednesday, June 15, 2011

Lisa Surihani dan Yusry Bercinta?? Ape ni?? Ce citer.. ce citer.

Foto

Lisa, Yusry tidak nafikan hubungan istimewa antara mereka 

GOSIP cinta mereka bermula apabila si gadis, Lisa Surihani kerap dilihat bersama si jejaka iaitu Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU dalam pelbagai acara. Kemudian, timbul cerita mesra pasangan ini ketika menyaksikan pra tonton filem Seru apabila Yusry dikatakan mengelus tangan Lisa bagi menenangkannya kerana ketakutan ketika menonton filem seram itu.
Terbaru, selepas berteka-teki dan sering memberikan ‘jawapan selamat’ mengenai hubungan mereka berdua, akhirnya Yusry membuka mulut menyatakan bahawa hubungan mereka adalah ‘satu perhubungan matang kerana ia lebih daripada seorang kawan’. Malah kedua-duanya turut mengaku bahawa mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing. Dalam bahasa mudah, mereka mengaku sedang dilamun cinta.

Walaupun masih samar-samar, namun pengakuan itu memberi bayangan bahawa antara Lisa dan Yusry memang ada tali yang mengikat mereka. Cuma, persoalannya apakah Lisa sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan apabila bercinta ketika nama sedang berada di kemuncak.

Dan apakah Lisa juga boleh menerima Yusry yang sebelum ini kerap digosipkan dengan pelakon jelita lain serta ada yang berasakan hubungan mereka hanyalah sekadar gimik semata-mata.

Hip: Pengakuan Yusry yang menyifatkan hubungannya dengan Lisa sebagai perhubungan matang, seolah-olah membenarkan tanggapan bahawa memang sedang bercinta. Lisa tak risau dengan penerimaan peminat yang mungkin kecewa apabila pelakon kesayangannya bercinta ketika nama sedang berada di kemuncak?

Lisa: 
Lisa tak rasa peminat Lisa kecewa dengan perhubungan Lisa dengan Yusry. Lagipun apa saja yang membabitkan rezeki dan maklum balas peminat terhadap kerjaya seni Lisa, Lisa serahkan kepada Allah kerana dia yang menentukannya. Bagi Lisa, tiada apa yang perlu dipersoalkan mengenai hubungan ini kerana kami berdua memang ikhlas. 
Hip: Lisa yakin Yusry adalah lelaki pilihan paling tepat?

Lisa: 
Maaf, saya tak boleh nak memberikan jawapan sama ada Yusry adalah lelaki paling tepat atau tidak. Perhubungan kami masih terlalu awal untuk saya berbicara ke arah itu.

Hip: Sebelum ini Yusry sering dikaitkan dengan ramai pelakon jelita. Apa komen Lisa terhadap perkara itu?

Lisa: 
Lisa tidak berhak untuk mengulas perkara itu kerana itu bukan urusan peribadi Lisa.

Hip: Ada yang berpendapat hubungan Lisa dan Yusry hanyalah sekadar gimik semata-mata memandangkan Lisa bakal muncul dengan sebuah filem baru berjudul Ular terbitan KRU Studios. Komen sikit?

Lisa: 
Kenapa? Ada orang yang beranggapan sebegitu? Itu terpulang kepada tanggapan orang sekeliling kerana setahu Lisa, hubungan kami bukanlah satu gimik ataupun kerana Lisa berlakon dalam filem terbitan KRU Studios. Apa saja yang berkaitan dengan kerja, itu semua dilakukan dengan profesional dan tidak membabitkan urusan personal. Dan bagi Lisa, Yusry tidak perlu untuk menjual kisah peribadi kami sebagai gimik untuk melariskan filem atau sebagainya kerana dia mempunyai nama yang cukup besar dalam industri ini.

Hip: Lisa adalah satu-satunya selebriti wanita yang terpilih menyertai perbincangan Meja Bulat 1Malaysia. Sebagai wakil untuk industri seni, apa yang akan Lisa kongsi kepada Perdana Menteri dalam perbincangan itu nanti?

Lisa: 
Memang Lisa amat teruja apabila mendapat tahu yang Lisa terpilih menyertai perbincangan ini. Sesi Lisa untuk bertemu PM mungkin pada 18 Jun depan. Dalam perbincangan itu nanti, Lisa akan bentangkan dua kertas cadangan iaitu pertama membabitkan soal kemanusiaan sejagat manakala isu yang kedua adalah cadangan untuk mewujudkan syarat kelayakan buat mereka yang ingin menjadikan bidang seni sebagai mata pencarian mereka. Sebelum ini kita lihat ramai yang menyertai bidang ini masuk dengan sewenang-wenangnya tanpa perlu kelayakan asas. Maksud saya, ada yang belum tamat belajar sudah boleh bergelar artis. Jadi cadangan saya selepas ini, biarlah mereka yang mahu menjadi anak seni perlu ada kelayakan atas kertas. Bukanlah syarat itu terhad kepada akademik semata-mata tetapi mungkin kemahiran dalam bidang seni.

Hip:Ada tak pihak yang mempertikaikan pelantikan Lisa itu?

Hip: 
Setakat ini tidaklah pula Lisa dengar. Kebanyakan mereka gembira dan mengucapkan tahniah kepada saya dan mengharapkan saya dapat menjalankan amanah itu dengan sebaiknya. 





Apa kata korang? Suka? Tak suka? Kecewa? haha Redha je laaaaa. Dah jodoh tak ke mana. Yer tak? hehe Btw, cute la dieorang ni. Macam serasi pulak haha Ok. Jumpa di lain post. Tataaa..


2 kritikan & pendapat:

buaya said...

salam ziarah

jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

uMi KaLtHuM said...

suke!!!