Saturday, May 7, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu | SELAMAT HARI IBU!




Foto
SAUDARA mara dan penduduk kampung hadir di tanah perkuburan Islam Kampung Kenor untuk melihat jenazah Rafidah disemadikan, malam tadi.

Foto
ZAMRI Hamat bersama dua anaknya, Rashidah Ilina dan Zaim Shahrul.
Foto
Rafidah Ismail

Wanita rentung selepas selamatkan tiga anak



KUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.

Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran.




Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.


Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.

Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.

“Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya sebak. 
Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.

“Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah,” katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.

Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.

“Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya. 

  • Foto
    ZAMRI Hamat bersama dua anaknya, Rashidah Ilina dan Zaim Shahrul.Rafidah Ismail


girlemo
Assalamualaikum readers..

Berdasarkan berita kat atas tuh, kita dapat buat kesimpulan bahawa seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan dan keselamatan anaknya. Sementara ibu kita masih ada ni, kita MESTI hargai jasa dan pengorbanan ibu kita yang dah banyak berkorban untuk kita selama kita hidup ni. 


Kepada MAK yang ku sayang...ZAINAH BINTI PONIRAN..SELAMAT HARI IBU! dan kepada semua ibu ibu di luar sana, SELAMAT HARI IBU juge..hehe

Hah! Sebelum tu, aku terjumpa satu video nih. Jom tengok =) Video ni just untuk renungan bersama..


girlemo
Fikir fikirkanlah. Renung renungkanlah
Jumpa lagi di laen post. Tataaaa.






2 kritikan & pendapat:

deqlis said...

selamat hari ibu...

ingati ibu setiap hari..:-)

jom join GA akak
http://ellismelia.blogspot.com/2011/05/3rd-batch-giveway-deqlis-dodol-segitiga.html

wAnA said...

@deqlis >> okeyyhh.saye syg ibu =) hehe jom jom jom =D