Wednesday, October 19, 2011

Kenapa Cincin Perkahwinan Sarung Kat Jari Manis?



Hello Sunshine...Selamat pagi Readers..


Pagi yang sangat indah yer. Kat tempat saya mendung saja. Alhamdulillah...sejuk rumah ni :D Kamu semua dah breakfast? Breakfast apa hari ni? Jangan lupa breakfast taw kerana breakfast atau bahasa bombastic nye 'sarapan' ni penting untuk kita. Sarapan ni jugak adalah salah satu penyumbang tenaga untuk kita melakukan semua kerja. Paling kurang pun minum lah air susu panas bersama roti :) Ummmph! Sedapnya! Seriously huhu ^^ Kalau tak sempat sangat, minumlah air suam untuk alas perut..dan itu pun salah satu sunah Rasulullah. Pagi pagi dah dapat pahala. Kan seronok gitu :) Oleh itu, breakfast lah anda. Jangan malas malas. Nanti terkejut perut tu bila makan tengah hari nanti :D

Ok lah. Cuba kamu semua tengok gambar di atas. Itu bukan amalan ilmu yang merepek ok. Sebenarnya saya nak kongsi ilmu mengenai cincin dan jari manis. Macam menarik bukan? Mungkin ada sesetengah antara kamu semua sudah tahu mengenai ini. Jika belum tahu, jom baca ^^

Semua perkara dan peristiwa ada hikmahnya. Termasuklah cincin dan jari manis ni :) Mengapa setiap kali perkahwinan cincin tu mesti disarungkan di jari manis? Nak tahu sebabnya? Ok.Cuba satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari. Lainnya temukan hujungnya [lihat gambar diatas]

1) Cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian. Disebabkan itu, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
2) Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita [abang,kakak,adik]. Mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
3) Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.
4) Kemudian, tutup jari kelingking anda. Bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka kerana jari manis mewakili suami isteri. Selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.
Subhanallah. Sangat sangat indah :) Rupa-rupanya ada sebab cincin tu disarungkan di jari manis. Oleh itu, jagalah hubungan kamu [Suami isteri] Sayangilah antara satu sama lain. Jika ada masalah bawa lah berbincang dengan baik. Penceraian bukan salah satu penyelesaian yang baik melainkan ada sebab sebab yang tertentu.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21)
Surah Ar-Rum: ayat 21



P/S: Cepatnya masa berlalu. Dah nak habis cuti sem? haha 

4 kritikan & pendapat:

nursyaza said...

subhanallah.. i like this post. sekarang baru syaza tau knapa kena sarungkan cincin di jari mnis..

wAnA said...

@nursyaza : Thnx syaza ^^ sbnrnye smua perkara yg berlaku ade sbbnye tmasuklah cincin & jari manis ni.

PeJuAnG CinTa said...

dah cube ! =)

wAnA said...

@PeJuAnG CinTa : amazing an? hehe ^^