Thursday, October 27, 2011

Tips & Trick | Cara Nak HIDE Folder Di dalam Laptop




Salam readers! Hello semua... :) Amacam hari ni? Sihat? Saya..Alhamdulillah...sihat sihat saja. Cuma...ermm..tekak sakit sikit hehe. Mungkin, saya kurang minum air masak. Tambahan lagi dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Sekejap hujan, sekejap lagi panas. Tapi, saya tetap kurang minum air masak juga. Air sejuk? hehe tetap saya minum haha Itu lah padahnya. Sehinggakan mak kata, "cepat minum kicap ngan limau niee. Biar tekak tu cepat baik. " Saya, " Orait mum..=.= " Kata kata ibu jangan sesekali bantah. Berdosa tahu :D

" Ok fine..Awak dah jumpa folder privacy saya. Huuurmm.. =.= "
Ok. Cuba kamu lihat ayat di atas. Macam sedih bukan? haha Saya akui, saya pun pernah mengalaminya. Oleh itu, saya nak berkongsi sedikit ilmu bagaimana caranya mahu sembunyikan folder yang ada didalam laptop. Nak tahu? Jom ikut saya ^^

1) Pergi ke folder yang kamu nak hide >> Right click >> Properties
2) Automatik akan keluar satu kotak kecik >> Hidden >> OK

 

3)  Anda berjaya! File tersebut akan hilang serta merta :)


"Emmm...Macam mane nak tengok kalau file tu dah hilang? "
Eheh...jangan risau yer anda, anda, dan anda semuaa :D Sebenarnya ada cara untuk lihat semula file tersebut. Mudah sahaja.

1) Organize [Sebelah kiri dan di atas] >> Folder and search options
2) Kemudian ikut step seperti gambar dibawah 

4) DoneFolder yang kamu hide akan muncul :)


Kalau nak hide semula, buat step yang sama dekat button Organize >> Folder and search options >> View. Kemudian, klik je Don't show hidden files, folders and drives. Mudah bukan? ^^ Oleh itu, mulai hari ini, kamu boleh la sembunyikan secret folder kamu. Tapi, jangan terkejut bila ada seseorang yang boleh jumpa folder kamu nie sebab ini bukan rahsia lagi :D Ok korang. Sampai sini sahaja post saya. Lain hari saya akan buat post baru lagi yer.


Tataaaa...




P/S: Haaa...jangan buat jahat. Tak baek haha


2 kritikan & pendapat:

faiz said...

follow blog ni jugak jomwayangku.blogspot.com

Anaz Tiffany said...

@faiz : Okeyh..sy akn singgh ^^