Monday, December 27, 2010

OK. Fine!! Hari ni dah 27 HB | Semangat Baru




" OK. Fine !! Hari ni dah 27 hari bulan. "




Errrk ??!! Ehehe. Hai korang.. Sori. Tadi Emo sikit. Sikit je. Tak banyak pun hehe Hari ni 27 hari bulan kan ?? hehe



Huh ?? What ?? Kenape Wana tanya ?? 




Tak de pape. Saje je. Kot kot tersalah tarikh ke. Adeyh !! Alasan tak munasabah !! haha OK. Wana nak berterus terang ye. Mulai pagi ni , Wana dah jarang online. Apatah lagi blog. Maybe , Wana jarang kot bukak blog. Kalau ada masa terluang , Wana akan balas Blogwalking korang. Jangan risau ye. Apa yang penting , Wana rindu sesangat ngan korang. Esok , Wana dah tak ada kat rumah. Dah tak boleh guna ayat "Adeyh!! Bosannye duduk kat rumah!!"  Ayat tu dah tak de dah. Wana kena sambung study. Kat mana ?? Itu rahsia beb hehe Sori ye korang. Nanti kalau Wana dah bersedia , Wana akan bagi tahu korang. Jangan risau k :)




Blog Saya Baru Setahun Jagung

Huwaa !! Bukan Setahun jagung. Setahun pun tak sampai lagi. Baru jek 8 bulan. Bulan April Wana mula buat account blog. Tu pun sebab terpengaruh ngan Akak Masit. Dia punya blog buatkan Wana tertarik. Tertarik nak join buat blog jugak. Tapi....taaaaapiiiii.....hehe selama empat bulan Wana tak active ngan blog. Dari bulan April sampai la bulan August , blog Wana memang tak sentuh langsung. Serius Wana cakap , time tu memang Wana masih blur lagi pasal blog. Nuffnang pun Wana tak tahu langsung apa kepentingan Nuffnang ni. Disebabkan Ell [Allienelliz] , Wana tahu serba sedikit tentang dunia blog. Terima kasih Ell. Wana hargai sangat sangat. Tanpa bantuan Ell , blog Wana tak akan jadik macam ni . And tak lupa juga Wan Hazel , CheQpPJoY dan semua yang terlibat samada secara langsung or tak langsung , Wana nak ucap terima kasih banyak banyak sebab korang memang banyak bantu Wana selesaikan masalah mengenai blog. 

Wana sebenarnya budak baru belajar. Wana banyak rujuk kat blog blog laen especially blog tutorial [Mari Bina Blog , Teknik Buat Blog , Tutorial Untuk Blog] Memang tak rugi kalau korang singgah kat blog dieorang. Memang banyak info yang akan korang dapat. BEST!! Lepas singgah blog dieorang , gerenti korang TERSENYUM.



Heeeh 




Tak lupa juga pada kengkawan yang follow Wana. Thanks sebab follow Wana. Terima kasih sangat sangat. I Luv U all damn much lah!! Tanpa korang , sape la Wana kan huhu I think nak buat award untuk korang. Tapi , belum sempat lagi looorh. Banner pun tak ada lagi. Banyak lagi benda yang Wana kena belajar. Kalau Wana dah ready semua tu , Wana bagi tau korang k :D




Happy New Year

Dah nak 01 Januari loorh. Tinggal berapa hari je lagi. Ni yang Wana nak list kan semua perkara yang Wana KENA TUNAIKAN untuk tahun hadapan. Wana kena buat list ni awal awal sebab maybe , Wana jarang kot buat post. First time Wana buat post panjang berjela macam ni hehe. Law korang rajin baca , korang boleh la baca. Kalau dah rasa cam malas , scroll je ke bawah then klik button LIKE pastu komen haha OK. Ni la antara perkara yang Wana kena tunaikan and hindarkan :



Sentiasa bersiap sedia pada awal semester untuk menentukan kejayaan.



Melakukan sesuatu kerja tanpa disuruh / dipaksa atau ditentukan oleh orang lain :
            **Dalam kelas - Sentiasa memberi tumpuan kepada aktiviti pelajaran 
            **Waktu lapang - Diisi dengan aktiviti ilmu
           **Di rumah / asrama - Mengulangkaji pelajaran , membantu keluarga dan bekerjasama dgn rakan   sebaya
            **Waktu Solat - Bergegas untuk menunaikan solat (seelok-eloknya berjemaah)
            **Waktu cuti - Sebahagian besar masa untuk mengulangkaji pelajaran

Merasa sayang kepada masa.

Memastikan aktiviti kehidupan harian diurus dengan baik.

Sanggup mengatakan "TIDAK" kepada aktiviti yang merosakkan , merugikan masa seperti rokok , cinta , lepak, ponteng, dan bermain-main.

Gemar berada di tempat belajar.





Ceh !! Ayat macam skema kan ?? haha Walaupepun , benda ni semua Wana always kena pegang. Jangan goyah k :) Kalau korang nak ikut pun boleh jugak. Wana tak larang :) OK lah korang. Kesian korang kena layan celoteh Wana yang berjela jela ni. Korang , awal awal lagi Wana nak ucap 




Selamat Tahun Baru 2011. Semoga impian Wana and korang semua akan tercapai. InsyaAllah. Aminn.. :D




Jumpa lagi di lain post ye. Tata !! Miss U all damn much !!



2 kritikan & pendapat:

Cik_Shiqah said...

slmt thun bru! :)

wAnA said...

thnx shiqah...
slmt taun baru jgk.. :)